Yang Mana Satu


Yang mana satu mo0d anda hari ni?


Mood cikgu: mesti la yg senyum lebar tu :D


Hindari Rasa Marah


Marah... semua orang penah rasa marah kan? tapi sebaik-baiknya hindari la perasaan marah dan sentiasalah berdoa supaya kita dijauhkan drpd perasaan ini.

Tahukan anda sebnarnya marah terdiri daripada 4 kategori utama..


1. Orang Yang Lekas Marah... Tetapi Lekas Pula Hilang Marahnya...
Apabila datang sesuatu perkara yang memberangkan hatinya, dia terus marah... tetapi lekas pula marahnya reda... seperti angin lalu sahaja.

2. Orang Yang Lambat Marah... Tetapi Lekas Pula Hilang Marahnya...
Apabila datang sesuatu perkara yang memberangkan hatinya, dia masih mampu bersabar... Tetapi apabila dia tidak mampu bersabar lagi, sifat marah akan menguasai dirinya... Walaubagaimanapun, apabila dia marah, lekas pula hilang marahnya...

3. Orang Yang Lekas Marah... Tetapi Lambat Hilang Marahnya...
Orang yang lekas marah... dan apabila marahnya datang, lambat pula redanya...Orang macam ni biasanya suka berdendam dengan orang lain dan apabila orang lain melakukan kesalahan dengannya, payah benar dia nak memaafkan orang berkenaan.

4. Orang Yang Lambat Marah... Dan Lambat Pula Hilang Marahnya...
Apabila datang sesuatu perkara yang memberangkan hatinya, mulutnya kelihatan memaafkan orang yang melakukan kesalahan dengannya... Tetapi tiada siapa tahu... apa yang berlaku sebenarnya, hatinya sedang mendidih kemarahan terhadap orang berkenaan tetapi berjaya disembunyikan daripada pengetahuan orang berkenaan.

Cikgu nak kongsikan satu doa kat sini. Doa ni amat sesuai dibaca sekiranya kita berada dalam keadaan marah. Insyaallah, kita akan terhindar dari rasa marah nanti..

Sama-samalah kita berdoa dan amalkannya untuk menghindari perasaan marah dalam diri :)

p/s: berfikirlah sebelum bertindak.. tepuk dada, tanya iman..

Kem Kepimpinan vs Masak2


Hari ni cikgu ditugaskan untk iring pelajar ke INTI Kolej Kuching selama beberapa jam untuk mengikuti kem kepimpinan anjuran Inti Kolej. 9
6 orang pelajar sekolah cikgu join program ni n fasi semua terdiri drpd pelajar INTI Kolej sendiri. Cikgu juz iring pelajar je la..hehehe

Student2 cikgu
After selasai semua program, kami di bawa untuk melihat demo masakan oleh Chef Shan iaitu chef lecturer, INTI Kolej. Menu hari ni ialah Pasta Alla Carbonara.. sedap, cikgu sempat la merasa masakan Chef Shan after demo tu.. Sambil2 tu juga, sempat cikgu dapatkan recipe n cikgu nak kongsikan la sedikit kat sini..

Pasta Alla Carbonara

Ingredients:

  1. 400gm spaghetti
  2. 200gm minced chicken
  3. 3pc chicken cheesy sausages, cut into small chunks
  4. 200ml cream mushroom
  5. 100ml UHT whipping cream
  6. 50gm green peas
  7. 50gm cheddar cheese (grated)
  8. 50gm button mushroom (sliced)
  9. 20gm spring onion (sliced finely)
  10. 20ml olive oil
  11. 10gm onion (finely chopped)
  12. 10gm garlic (finely chopped)
  13. 2 pinch italian herbs
  14. 2 pinch salt and pepper

Method of preparation:

  1. Cook pasta in a hot boiling pot with some salt and olive oil for 5-7 minutes
  2. In a nonstick pan, add olive oil to heat up, then add the chopped garlic and onion. then add the mixed herbs and cook till fragrance up.
  3. Add the green peas, mushroom, sausage and chicken meat and cook well for 4-5 minutes
  4. Add the cooked pasta and stir fry till all ingredients mixed up
  5. Then add the cream of mushroom and UHT whipping cream to the pasta mixture and cooked well for about 5-7 minutes
  6. Add 2 pinch of salt & ground black pepper
  7. Garnished with grated cheddar cheese and topped with sliced spring onion.
  8. And... its ready to be serve :)

Siap dah pasta alla carbonara..senang je kan.. selamat mencuba :)

p/s: sambil menyelam minum air.. sambil2 iring student, sempat blaja masak ngan Chef Shan :)


~ Samsung Galaxy Note :)


Samsung Galaxy Note...hmmm memang idaman cikgu. Sume cikgu2 kat skola duk cite pasal smartphone ni, cikgu pun cam teringin la juga nak pakai ni..hehehehehe. Tapi xtau la bila tercapai impian tu..

Cun kan phone ni :)

Esok cikgu nk g survey2 la phone ni... xsabar plak rasa nak dapatkan phone ni..hehehe
Jom2 ikot cikgu g survey :)

p/s: c6 cikgu tetap dihati... walaupun xsecanggih smartphone ni

~Kena Inject Lagi~


Hari ni 10/02/12..
Cikgu dah dapatkan suntikan HPV dose ke2 cikgu... rakan2 wanita yg lain dah dapatkan ke belum?

Awal2nya cikgu pn xnk ambil suntikan ni disebabkan kosnya agak tinggi la bagi cikgu.. Rm199 per dose. Tapi bila cikgu fikir semula untuk jangkamasa panjang, lebih baik cikgu ambil je suntikan ni.. Sebab apa cikgu ambil?

Cikgu ada la search pasal HPV ni.. bila baca, rasa cam takut plak if xambil. Mengikut Utusan Malaysia Online barah pangkal rahim atau kita kenali juga dengan kanser serviks merupakan barah kedua tertinggi di kalangan wanita di negara ini.

Pengambilan vaksin HPV akan membolehkan badan menghasilkan antibodi yang dapat mempertahankan wanita daripada virus tersebut yang mungkin diperoleh melalui hubungan seksual.

Walaupun cikgu belum kahwin lagi..tapi pengambilan vaksin ni sebagai satu langkah berjaga2 untuk menjamin kesihatan masa hadapan. Nasihat cikgu untuk yang belum ambil vaksin ni.. jangan lengah-lengahkan lagi yer. Ambil segera tau..Bagi sesiapa yang ingin tahu lebih lanjut tentang Kanser Serviks, bolehlah baca kat laman web ni Kanser Serviks.

P/s: Sayangi diri anda :)




WELCOME BACK :)


Hmmm... xsangka rupanya dah 2 tahun cikgu tinggalkan blog ni.Rindu plak nk menyonteng kat sini. Kejap je kn rasanya masa berlalu.. Last post cikgu before cikgu datang ke sarawak.. Tapi thn ni dah masuk 2 tahun lebih cikgu kat sarawak.. maknanya dah lama la cikgu x bercerita kat cni...macam2 dah berubah..

2 tahun yg penuh dgn cabaran, dugaan..tapi cikgu dah berjaya tempuhi semuanya.. Alhamdulillah, de manis dan pahitnya. Tu lah dinamakan lumrah hidup kan...

Apa2 pn.. doakan cikgu untuk perjalanan hidup seterusnya ye...

welcome back cikgu najihah ~

hadapi dengan senyuman



Hadapi dengan senyuman
Semua yang terjadi
Biar terjadi .
Hadapi dengan tenang jiwa

Semua... Kan baik baik saja
Bila ketetapan tuhan
Sudah ditetapkan
Tetaplah sudah .
Tak ada yang bisa merubah
Dan takkan bisa berubah

Relakanlah saja ini
Bahwa semua yang terbaik
Terbaik untuk kita semua
Menyerahlah untuk menang

p/s: Walau apa pun yang terjadi..hadapilah dengan senyuman.. Redha itu adalah jalan yang terbaik... Insyaallah...


hidup mesti di teruskan


Pos laju dari abg posmen yg cikgu terima membawa perubahan yg besar dlm hidup cikgu... Cikgu dah dilantik sbg pegawai perkhidmatan pendidikan siswazah, dlm erti kata lain cikgu la. Bukan lagi cikgu pelatih, cikgu ganti..but the real cikgu..

Tapi yg agak mnyedihkan cikgu.. cikgu akan berkhidmat di SARAWAK. Bukan senang cikgu nak terima hakikat yg cikgu akan berada di sana. Bukan jangkamasa yg singkat..mungkin 3 thn dan mungkin juga 5 thn...


Walau pe pn..cikgu perlu terima tugasan ni dgn redha..demi kepentingan generasi masa depan. Mungkin hikmahnya begitu besar utk cikgu..cuma cikgu je belum tau pe hikmahnya..


Kenderaan ni la akan jadi kenderaan rasmi cikgu utk balik jupe mak ayah..



atau


Mungkin..die akan jd kawan cikgu...hehe


Cikgu nak blaja tarian ni..psni nk msuk dua hati berdansa..

Haaaa...yg ni wajib blajar utk pertahankan diri



Sape2 yg nak tempah ni bleh la pesan kat cikgu...duet skali yer...



Sape nk kenal Sarawak..kaji la peta ni..


sesuci kasih ibu


Malam tadi cikgu rasa bahagia sangat... cikgu rasa beruntung sangat kerana masih berpeluang menatap wajah ibu tercinta. Cam mn rasanya mereka yg dah kehilangan ibu mereka...xdapat cikgu bayangkan andaikata cikgu kat tempat mereka...huhu

Terima kasih mak....

Raya kedua, mak demam teruk. Sampai nk g toilet pn kami adik beradik kena tolong angkat mak sebab mak memang betol2 xlarat. Kami gilir2 urut mak. Mak langsung xmakan, bau makanan je terus muntah. Cian mak...

Ramai saudara mara datang tengok mak...Kakak masak bubur utk mak. Mak makan skit je, tu pun utk alas perut je sbb nak makan ubat. Lpas makan ubt mak terus tdo. Raya kedua tu mak tido je spnjang ari..

Dlm kol 6 lbey cikgu kejut mak utk smyg asar. Cikgu n kakak nak pimpin mak utk ke bilik air, tp mak kt xyah la sbb die dh bley jln skit2. Mak bangun n jalan, tpi jln cam x stabil je..Cikgu pun pegang la tangan mak, takut die jatuh, kan lg teruk plak. Tp alhamdulillah, mak nmpak cam dah sihat skit.

Mlm tu cikgu duk sblh mak, mak tido, cikgu urut2 mak smbil sms ngan kawan cikgu (nad), sedar xsedar cikgu tertido kat sbelah mak.

Lbih kurang kol 12 lbey, kakak kejut cikgu n mak, sbb mak x solat isyak lg. Pastu mak cakap nnt mak bgun, sbb mak xlarat lg nk bgun. Cikgu pun tdo la sblh mak sbb sng skit nanti mak nak g toilet cikgu leh tlg pimpin mak.

Mak bgn solat lbh kurang kol 3 pg, cikgu bgun, tp mak ckap xpe la. Cikgu tunggu smpai mak kuar dari toilet, tkot pe2 jd kat die dlm toilet. Mak solat n cikgu xsedar bl cikgu tertdo, yg pastinya mak x abih solat lg.

Sejuk sgt mlm td, cikgu tido tnpa selimut sbb cikgu x bajet pn cikgu akn tdo ngan mak. Tiba2 cikgu rasa cam de org slimut cikgu, rupa2 nya mak slimutkan cikgu. Sayu sgt hati cikgu masa tu. Mak demam, tapi sanggup bagi slimut die kat anak. Mak slimut ngan kain batik.

Cikgu pun bangun n bagi smula slimut tu kat mak. Mak ckp xpe, die panas. Tapi cikgu tau, mn de org yg demam rs pnas, msti rs sjek menggigil. Cikgu cakap xpe la, mak demam n cikgu pun tukar ngan mak, cikgu guna kain batik utk slimut. Bese la mlm2 cmtu mls dah nk bgun g amik slimut kat blk cikgu.

Betapa besarnya kasih sayang mak kat cikgu. Cikgu pasti, sume ibu kat dunia ni pn snggup brkorban pe sj utk anaknya. Tapi ank snggup ke berkorban cmtu kat ibu?

Mak, Jidah janji ngan mak, akn jg mak n ayah dgn sebaik mungkin. Mungkin xakn sm dgn pngrbnan mak kat jidah slama ni, kasih mak mmg tiada tandingan... tapi jidah akan cuba sedaya upaya utk jadi cam mak...

Buat sahabat sekalian.. sayangilah ibu anda n bahagiakan die sbagaimana ibu mmbahagiakan kita..

Tak lupa juga buat ayah tercinta...

Sayang mak n ayah....




malu...uwaaaa...

Dua tiga ari lepas cikgu ke pejabat pos jap.. bese la nak pos kad raya la musim2 raya cmni.. Tapi malang tak berbau bagi cikgu kat pejabat pos tu..

Mula2 masuk tu cikgu agak terkejut tengok ramai sgt org, cikgu nak beli setem je sbnrnya. Cikgu tenampak 1 notis yg de kat board.. " Utk pembelian setem, sila ke kaunter khas". De 4 kaunter yg bk masa tu klu tak silap. Tapi x de satu pun yg tulis kaunter khas.

Cikgu pun dgn rasa yg agak malu la (nmpk sgt x penah beli setem).."Dik, kaunter setem kat ne". Budak pompan ni pu cakap la kat cikgu.." Sume kaunter bleh beli setem, xyah amik nombor gliran, g je kat kaunter".

Cikgu pun g la beli setem. Pastu cam bese la tampal la setem kat surat2 cikgu. dah siap tu, cikgu pun masukkan la kat dalam kotak pos.

On d way jalan nk kuar tu... Gedebuk... tau x pe yg jadi...

Huhu..cikgu jatuh kat tengah2 org ramai...Ya Allah..malunya...Macam nangka jatuh je...Rasa cam nak masuk dalam kotak pos tu je...nk nyorok... Malunyer..penat kontrol ayu...hahaha. Ni mesti sandal ni punye pasal, xde bunga dah..huhu..Sumpah xnak pakai dah sandal ni..

Pastu cikgu bangun la, wat ,muka slamber.. dalam ati.." Xpe, xde org kenal pon"..

Tiba2... " Cikgu, ok tak?"

Uwaaaaa... de ank murid nampak... Malu beb... Huhuhu

mana satu pilihan anda?

Bak kata orang, diluah mati emak, ditelan mati bapak...

Soal jodoh sukar utk diramal, mungkin bagi kita dialah yang terbaik. Tapi lain plak pandangan keluarga. Susah klu camni...nak wat camne klu hati dah sayang kn..

Ni xde kena mengena pun ngan cikgu, sje je cikgu nak tanya pandangan korang, tiba2 je terfikir psl ni...

Pe yg korang nak wat klu family tolak habis habisan pilihan korang n de calon lain utk korang? Pe yg anda pilih?

  1. Ikut je kehendak keluarga, terima calon pilihan keluarga
  2. Pjuk keluarga korang, mana tau kot terima calon pilihan korang(klu rs bleh pjuk la)
  3. Kawen lari kat Siam ngan pilihan hati korang
  4. X trima 2,2 calon...cari calon laen


Hmmmm... pe agaknya tindakan korang klu korg dalam situasi cmtu....

meniti hari yg indah...


4 lilin..thats mean 4 tahun.. hehe..

Xsangka rupanya dah 4 tahun cikgu berada kat USM.. Rasa cam cepat je masa berlalu. Dulu masa cikgu masuk USM, usia cikgu masih belasan tahun, bila dah kuar ni..dah jadi puluhan tahun dah...dah tua rupanya cikgu ni...

12 Og0s 2009

4 tahun tu bukan masa yang singkat sebenarnya, sahabatla yang menjadi peneman setia cikgu di sana.. So x salah klu cikgu hadiahkan kek ni utk celebrate graduation kami.. Ni je yang mampu cikgu sponsor..hehe..

Thanks nad, wani n atie for being my fren...

13 Ogos 2009

1 ari kami abiskan masa bersama- sama... Bukan slalu leh jumpa kan.. Pasni sume dah bw haluan masing2..

Ni je la kenangan terakhir kita 1 ari sebelum kita bergelar graduan. Klu bleh, sluruh tempat kat USM kita nak amik gambar, namun penat mengatasi segalanya.. huhu

Thanks to 'jurukamera jemputan'..hehe....

Semangat sangat amik gambar, sampai lupa nak makan..

Ari ni ujan, nasib baikla xlama ujan tu...
Klu lama, kempunan la cikgu nak bergambarn banyak2... hehe

Walaupun panas terik, kami guru2 xpenag putus asa nak amik gambar.. semangat waja gitu..hehe. Usaha keras sebelum anta semula jubah.. hehe

Cite pasal jubah, teringat plak cikgu kat kalong yang cikgu dapat. Cikgu dapat kalong warna dark purple, nasib baik wani perasan warna kalong cikgu, klu x, xleh masuk dewan la cikgu..

Pe lagi, bangun pagi tu cikgu terus la ke bilik jubah, tukar smula kalong..Nanti kan x psal2 cikgu je pakai kalong warna lain.

Upacara membaling topi... Slama ni asyik tengok org je, bila konvo je mesti de adegan baling topi.. Cikgu pun nak juga.. Hehe..

Tapi kami baling topi kat special place.. Hehe

Teka la kat mana...hehe

Topi atie dah nak jatuh tu... Wani plak ngah smangat nak sambut topi die tu...hehehe...nad je cool...

Topi kami melayang-layang sebab angin kuat sangat time tu, nak ujan plak.. Cuaca tak menentu sekarang tu.. Kejap ujan, kejap panas...



14 Ogos 2009


Tanggal 14 ogos 2009, cikgu menerima ijazah dari Universiti Sains Malaysia...Alhamdulillah...


Kalong light purple tu menandakan cikgu adalah graduan Sains dengan Pendidikan...


Akhirnya Ijazah Sarjana Muda Sains dengan Pendidikan Kepujian (Fizik) dapat cikgu genggam setelah berjuang selama ini...


Thanks buat Sern n Erina cos sudi menghadirkan diri anda.. hehe...

Insyaallah kovo kali ke 2 korang cikgu akan datang klu x de perkara2 yang menghalang..

Bila la plak cikgu nak dapat ijazah sarjana yer....hmmmmm



Buat keluarga tersayang, terima kasih banyak2 kerana sanggup datang dari jauh untuk meraikan hari yang dinantikan ni.... Luv all of u

bahagianya dapat bakal suami macam die


Bahagienye dapat bakal suami macam die...

"Saya suka tengok jari bakal isteri saya...
Cantik betul...
Sungguh!
Sampai takut nak pegang...
Bukan takut patah...
Tapi takut nanti jari kitorang tak boleh tolong each other
Di satu hari yang giler forever depan yang maha Esa...

Saya suka tengok rambut bakal isteri saya...
Cantik betol...
Sungguh!
Sebab tu saya belikan tudung...
Bukan sebab jeles orang lain tengok jugak....
Tapi takut nanti terbakar dek api neraka
Di suatu hari yang giler forever

Saya suka tengok body bakal isteri saya...
Cantik betol...
Sungguh!
Sebab tu saya belikan dia telekong
Supaya mase die jumpa dengan Kekasih die Yang Utama
Dia lagi cantik dan berseri menghadap Nya.
Saya pun tumpang dapat pahala.
Pheh syoknye...

Saya sedih tengok bakal isteri saya
Tak tido, tak makan rindu kat saya...
Saya pun macam tuju gak, Ada problem yang sama..
Die tanya apa ubatnya?
Saya pun bagi die Quran untuk penenang jiwa...
Semoga lebih cintakan Nya dari saya...

Saya sedih tengok bakal isteri saya
Selalu pesan macam-macam kat saya...
"Makan, minum,drive elok-elok tau..
Nanti awak sakit saye susah ati bla bla bla bla" katenya...
Tapi bila tengok movie sama-sama
burn asar maghrib gitu Die tak kata satu aper pun...
Berdosanye saya....

Kesimpulannya saya memang sayang dia...
Nak jumper die giler forever...
Yang forever punye forever...
Di dunia dan akhirat terutamanya,
Janji nak share heaven sama-sama...
Bahagia selamanya...

Semoga kami saling mengingati,
Dosa sendiri pun infiniti...
Nak tanggung dosa dia lagi pulak lepas ni...
Semoga kami menginsafi diri...

Ya Allah ampunkanlah kami....
Semoga kami dapat bersama selamanya nanti...


P/s- andai anda seorang wanita muslimah...Mesti seronok kan kalau pasangan kita berfikiran camtu...Then kalu anda seorang muslim...Apa kata tanamkan dalam hati camtu...Cinta tu anugerah Allah...Pandai-pandila kita menjaga nikmat Allah itu ye...Semoga saya pun ambik iktibar gak.....:


hey ladies!!


Wahai ladies2 sekalian.. dengarkan la nasihat ini... hehe...




Sudah kubilang jangan terlalu yakin
Mulut lelaki banyak juga tak jujur
Bila sakit hati wanita bisanya nangis

Sudah ku bilang jangan terlalu cinta
Kalau patah hati siapa mau nolong
Seperti langit dan matahari tak bersatu lagi

Hey ladies jangan mau di bilang lemah
Kita juga bisa menipu dan menduakan
Bila wanita sudah beraksi dunia hancur

Hey ladies sekarang cinta pakai otak
Jangan mau rugi hati dan juga rugi waktu
Bila dia merayumu ingat semuanya bohong

Memanglah tak semua laki-laki busuk
Namun ladies tetaplah harus waspada
Semogalah kita semua akhirnya
Mendapatkan cinta yang tulus

Sudah kubilang jangan terlalu yakin
Mulut lelaki banyak juga tak jujur
Bila sakit hati wanita bisanya nangis


p/s: Ingat tu ladies2 sekalian....


kena tipu...


Tadi cikgu ke rumah kawan lama cikgu ( zaman sek rendah).. Tiba2 kwn cikgu call ( kwn sek rendah jg).. Sembang2 la ngan die, tanya bila nak blk kg.. yela org dah keje jauh..

Pastu tiba2 die srh cikgu ckap dgn seseorg.. Angah rupanya.. Aik..cmne Angah de kat Johor..Tadi br ajak cikgu g picnic kat air terjun esok..

Cikgu pn tanya la.. "Angah de kat ne ni? kata nak g air terjun esok"..

Angah pn jawabla.. " Angah de kat Johor ni.. kita g ari sabtu ye, esok angah balik"

Bila masa plak die g Johor ni..tadi bukan main cakap nak g esok..

"Angah g pagi tadi ngan Alip. Betol, de kat Johor ar ni..G umah Lee"

Cikgu xpuas ati la.. Tadi bukan main ajak g picnic, org dah smgt nk g ni..Cikgu pn tanya la kawan cikgu yang sorg lagi. Die ckap betol la angah de kat Johor ni..

Cikgu xpuas ati lagi.. "Panggil Alip, nak ckap ngan Alip"

Kawan cikgu pn jawab la.. "Alip de umah die la, mn mai cni"

Hahaha..kantoi..tadi angah cakap angah g ngan Alip.. nampak sangat de kat umah je, xg johor pun..de kat johor konon..yg tu plak blk kg bkn nk bgtau kt org...

Lain kali kalau nak tipu pn, pakat la betol2..kan dah kantoi...Haha..
Tapi moral valuenya..Xyah la menipu..xbaek, tuhan marah..
Ingat pesan cikgu tu ye....



p/s: Siap Angah!!! Xmo caye dah..slalu tipu cikgu..xbaek tau...

ok and all right je..

Langkah di atur dengan tenang ke suatu destinasi.. Setiap langkah diiringi dengan senyuman yang tidak lekang dibibir..

Langkah terhenti bila disapa oleh satu suara garau.. Nak ke mana tu?.. lantas cikgu jawab, ke pejabat jap, jumpa pengetua...

Hati cikgu berdebar debar sebenarnya, maklumlah hari pertama di sekolah baru, jumpa pengetua baru, n rakan2 baru kat sini...

Sampai je kat pejabat, cikgu tengok de seorg jejaka kat dlm bilik pengetua, umur lingkungan 20-an. Oooo..juruteknik baru kat sek rupanya...Cikgu pun duduk la kat luar bilik pengetua jap..

Kemudian, PK1 datang kat cikgu n die kasi 1 kertas.. Owh..jadual rupanya....Pandang je kat jadual tu, rs nk terbeliak mata cikgu..PSV n PSK.. Huahahaha..... Cikgu Fizik kna ajar Seni...

Pendidikan Seni Visual n Pendidikan Sivik...

Pas jejaka tadi kuar dr bilik pengetua, cikgu pn masuk la lapor diri kat pengetua.. Pengetua tengok jadual cikgu tu, die ckap 1, 2 minggu ni ikot jadual ni dulu, pastu nnt akan de pertukaran jadual...hehe...lega hati cikgu...

Tp sbnrnya cikgu ok n all right je nak jd cikgu PSV n PSK pon..hehe.. Best pe tgk budak2 tu lukis..hehe

Moga2 cikgu jadi cikgu seni yg terbaik..Hehehe

mari mengira dengan cikgu


Tarikh lahir kita menerangkan siapa kita.. apakah kelebihan kita dan apakah kebolehan kita. Ia juga menunjukkan apakah yang kita harus pelajari dan cabaran yang perlu kita hadapi..

Untuk mengetahui nombor lahir kita, kita boleh mencampurkan nombor-nombor tarikh lahir sehingga ianya menjadi satu nombor tunggal.

Jom kita kira sama2 ye..

Katkanlah tarikh la tarikh lahir anda 27.10.1986... Cara kira camni:

27+10+1986 = 2023

2+0+2+3 = 7

7 ialah nombor lahir anda...

Nak tau personaliti nombor lahir anda... Tunggu.. nanti cikgu bagitau ye...

Milik siapakah hati ini?


Milik siapakah hati ini..

Hati yang berbunga riang..

Menghitung hari hari yang berlalu...


Menunggu sang pencinta..





Tidurla...

Zirafah hanya memerlukan 20 minit untuk tidur sehari


Ikan lumba2 dewasa tidur dengan menutup sebelah matanya sahaja utk merehatkan sebelah otaknyaManakala, anak ikan lumba2 tidak perlu tidur dalam bulan pertama kelahirannya..

Hebatkan mereka..

Tapi bagi manusia...



Tidur yang singkat boleh menyebabkan mudah sakit, daya ingatan lemah, reaksi yg perlahan, daya ketahanan badan yang lemah serta berisiko mendapat penyakit kencing manis dan jantung.

Petua utk tidur yg lebih baik

  • Mengira kambing biri-biri ( 1 biri-biri, 2 biri-biri, 3 biri-biri....)
  • Minum segelas susu suam 15 minit sebelum tidur. ( kajian saintifik)

Susu mengandungi kalsium yang penting dalam tindak balas saraf dan membantu menenangkan anda. lebih menarik lagi, susu bukan sahaja membantu anda untuk tidur nyanyak, tetapi menjadikan anda sentiasa bertenaga dan segar pada siang hari.

ppsmi mansuh???


Tingkat pengajaran bahasa Melayu, tanpa ketepi bahasa Inggeris


KUALA LUMPUR: Isu Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) yang mendapat bantahan beberapa pihak, terutama pejuang bahasa dijangka berakhir berikutan keputusan kerajaan memansuhkan dasar itu.

Sebagai ganti, kerajaan akan mengumumkan strategi yang lebih menyeluruh untuk meningkatkan pengajaran bahasa Melayu dan pada masa sama tidak mengetepikan kepentingan bahasa Inggeris di semua peringkat sekolah.

Menurut sumber, dasar baru itu dijangka bermula pada 2012 dan akan dibentangkan pada mesyuarat Kabinet hari ini untuk kelulusan.... [+]


Persoalannya;


Wajarkah kerajaan mansuhkan PPSMI?


Secara peribadinya cikgu amat bersetuju dengan cadangan mansuhkan PPSMI. BErdasarkan pengalaman cikgu (walaupun xbyk), pelajar lebih cenderung utk bljr sc n math dlm bahasa melayu. Bila cikgu bagi soalan dlm english, diorg xleh jawab, tapi bila bg soalan dlm BM bleh plak jawab. Padahal soalan sm je cikgu bagi..


Tekanan utk guru yg mgajar pn kurg. Bleh explain dlm bahasa sndiri. Klu dlm english, berbelit2 cari ayat nk explain kat bdk. Silap2 budak2 pn jd pening.. Cikgu pn bkn sume fluent english kan...


Pendapat anda plak cmne?