Yang Mana Satu


Yang mana satu mo0d anda hari ni?


Mood cikgu: mesti la yg senyum lebar tu :D


Hindari Rasa Marah


Marah... semua orang penah rasa marah kan? tapi sebaik-baiknya hindari la perasaan marah dan sentiasalah berdoa supaya kita dijauhkan drpd perasaan ini.

Tahukan anda sebnarnya marah terdiri daripada 4 kategori utama..


1. Orang Yang Lekas Marah... Tetapi Lekas Pula Hilang Marahnya...
Apabila datang sesuatu perkara yang memberangkan hatinya, dia terus marah... tetapi lekas pula marahnya reda... seperti angin lalu sahaja.

2. Orang Yang Lambat Marah... Tetapi Lekas Pula Hilang Marahnya...
Apabila datang sesuatu perkara yang memberangkan hatinya, dia masih mampu bersabar... Tetapi apabila dia tidak mampu bersabar lagi, sifat marah akan menguasai dirinya... Walaubagaimanapun, apabila dia marah, lekas pula hilang marahnya...

3. Orang Yang Lekas Marah... Tetapi Lambat Hilang Marahnya...
Orang yang lekas marah... dan apabila marahnya datang, lambat pula redanya...Orang macam ni biasanya suka berdendam dengan orang lain dan apabila orang lain melakukan kesalahan dengannya, payah benar dia nak memaafkan orang berkenaan.

4. Orang Yang Lambat Marah... Dan Lambat Pula Hilang Marahnya...
Apabila datang sesuatu perkara yang memberangkan hatinya, mulutnya kelihatan memaafkan orang yang melakukan kesalahan dengannya... Tetapi tiada siapa tahu... apa yang berlaku sebenarnya, hatinya sedang mendidih kemarahan terhadap orang berkenaan tetapi berjaya disembunyikan daripada pengetahuan orang berkenaan.

Cikgu nak kongsikan satu doa kat sini. Doa ni amat sesuai dibaca sekiranya kita berada dalam keadaan marah. Insyaallah, kita akan terhindar dari rasa marah nanti..

Sama-samalah kita berdoa dan amalkannya untuk menghindari perasaan marah dalam diri :)

p/s: berfikirlah sebelum bertindak.. tepuk dada, tanya iman..

Kem Kepimpinan vs Masak2


Hari ni cikgu ditugaskan untk iring pelajar ke INTI Kolej Kuching selama beberapa jam untuk mengikuti kem kepimpinan anjuran Inti Kolej. 9
6 orang pelajar sekolah cikgu join program ni n fasi semua terdiri drpd pelajar INTI Kolej sendiri. Cikgu juz iring pelajar je la..hehehe

Student2 cikgu
After selasai semua program, kami di bawa untuk melihat demo masakan oleh Chef Shan iaitu chef lecturer, INTI Kolej. Menu hari ni ialah Pasta Alla Carbonara.. sedap, cikgu sempat la merasa masakan Chef Shan after demo tu.. Sambil2 tu juga, sempat cikgu dapatkan recipe n cikgu nak kongsikan la sedikit kat sini..

Pasta Alla Carbonara

Ingredients:

  1. 400gm spaghetti
  2. 200gm minced chicken
  3. 3pc chicken cheesy sausages, cut into small chunks
  4. 200ml cream mushroom
  5. 100ml UHT whipping cream
  6. 50gm green peas
  7. 50gm cheddar cheese (grated)
  8. 50gm button mushroom (sliced)
  9. 20gm spring onion (sliced finely)
  10. 20ml olive oil
  11. 10gm onion (finely chopped)
  12. 10gm garlic (finely chopped)
  13. 2 pinch italian herbs
  14. 2 pinch salt and pepper

Method of preparation:

  1. Cook pasta in a hot boiling pot with some salt and olive oil for 5-7 minutes
  2. In a nonstick pan, add olive oil to heat up, then add the chopped garlic and onion. then add the mixed herbs and cook till fragrance up.
  3. Add the green peas, mushroom, sausage and chicken meat and cook well for 4-5 minutes
  4. Add the cooked pasta and stir fry till all ingredients mixed up
  5. Then add the cream of mushroom and UHT whipping cream to the pasta mixture and cooked well for about 5-7 minutes
  6. Add 2 pinch of salt & ground black pepper
  7. Garnished with grated cheddar cheese and topped with sliced spring onion.
  8. And... its ready to be serve :)

Siap dah pasta alla carbonara..senang je kan.. selamat mencuba :)

p/s: sambil menyelam minum air.. sambil2 iring student, sempat blaja masak ngan Chef Shan :)


~ Samsung Galaxy Note :)


Samsung Galaxy Note...hmmm memang idaman cikgu. Sume cikgu2 kat skola duk cite pasal smartphone ni, cikgu pun cam teringin la juga nak pakai ni..hehehehehe. Tapi xtau la bila tercapai impian tu..

Cun kan phone ni :)

Esok cikgu nk g survey2 la phone ni... xsabar plak rasa nak dapatkan phone ni..hehehe
Jom2 ikot cikgu g survey :)

p/s: c6 cikgu tetap dihati... walaupun xsecanggih smartphone ni

~Kena Inject Lagi~


Hari ni 10/02/12..
Cikgu dah dapatkan suntikan HPV dose ke2 cikgu... rakan2 wanita yg lain dah dapatkan ke belum?

Awal2nya cikgu pn xnk ambil suntikan ni disebabkan kosnya agak tinggi la bagi cikgu.. Rm199 per dose. Tapi bila cikgu fikir semula untuk jangkamasa panjang, lebih baik cikgu ambil je suntikan ni.. Sebab apa cikgu ambil?

Cikgu ada la search pasal HPV ni.. bila baca, rasa cam takut plak if xambil. Mengikut Utusan Malaysia Online barah pangkal rahim atau kita kenali juga dengan kanser serviks merupakan barah kedua tertinggi di kalangan wanita di negara ini.

Pengambilan vaksin HPV akan membolehkan badan menghasilkan antibodi yang dapat mempertahankan wanita daripada virus tersebut yang mungkin diperoleh melalui hubungan seksual.

Walaupun cikgu belum kahwin lagi..tapi pengambilan vaksin ni sebagai satu langkah berjaga2 untuk menjamin kesihatan masa hadapan. Nasihat cikgu untuk yang belum ambil vaksin ni.. jangan lengah-lengahkan lagi yer. Ambil segera tau..Bagi sesiapa yang ingin tahu lebih lanjut tentang Kanser Serviks, bolehlah baca kat laman web ni Kanser Serviks.

P/s: Sayangi diri anda :)




WELCOME BACK :)


Hmmm... xsangka rupanya dah 2 tahun cikgu tinggalkan blog ni.Rindu plak nk menyonteng kat sini. Kejap je kn rasanya masa berlalu.. Last post cikgu before cikgu datang ke sarawak.. Tapi thn ni dah masuk 2 tahun lebih cikgu kat sarawak.. maknanya dah lama la cikgu x bercerita kat cni...macam2 dah berubah..

2 tahun yg penuh dgn cabaran, dugaan..tapi cikgu dah berjaya tempuhi semuanya.. Alhamdulillah, de manis dan pahitnya. Tu lah dinamakan lumrah hidup kan...

Apa2 pn.. doakan cikgu untuk perjalanan hidup seterusnya ye...

welcome back cikgu najihah ~