Hindari Rasa Marah


Marah... semua orang penah rasa marah kan? tapi sebaik-baiknya hindari la perasaan marah dan sentiasalah berdoa supaya kita dijauhkan drpd perasaan ini.

Tahukan anda sebnarnya marah terdiri daripada 4 kategori utama..


1. Orang Yang Lekas Marah... Tetapi Lekas Pula Hilang Marahnya...
Apabila datang sesuatu perkara yang memberangkan hatinya, dia terus marah... tetapi lekas pula marahnya reda... seperti angin lalu sahaja.

2. Orang Yang Lambat Marah... Tetapi Lekas Pula Hilang Marahnya...
Apabila datang sesuatu perkara yang memberangkan hatinya, dia masih mampu bersabar... Tetapi apabila dia tidak mampu bersabar lagi, sifat marah akan menguasai dirinya... Walaubagaimanapun, apabila dia marah, lekas pula hilang marahnya...

3. Orang Yang Lekas Marah... Tetapi Lambat Hilang Marahnya...
Orang yang lekas marah... dan apabila marahnya datang, lambat pula redanya...Orang macam ni biasanya suka berdendam dengan orang lain dan apabila orang lain melakukan kesalahan dengannya, payah benar dia nak memaafkan orang berkenaan.

4. Orang Yang Lambat Marah... Dan Lambat Pula Hilang Marahnya...
Apabila datang sesuatu perkara yang memberangkan hatinya, mulutnya kelihatan memaafkan orang yang melakukan kesalahan dengannya... Tetapi tiada siapa tahu... apa yang berlaku sebenarnya, hatinya sedang mendidih kemarahan terhadap orang berkenaan tetapi berjaya disembunyikan daripada pengetahuan orang berkenaan.

Cikgu nak kongsikan satu doa kat sini. Doa ni amat sesuai dibaca sekiranya kita berada dalam keadaan marah. Insyaallah, kita akan terhindar dari rasa marah nanti..

Sama-samalah kita berdoa dan amalkannya untuk menghindari perasaan marah dalam diri :)

p/s: berfikirlah sebelum bertindak.. tepuk dada, tanya iman..

0 comments: