di sebalik bunga ros

Hati sering tertanya tanya apakah maksud warna bunga ros yang pernah diterima. Apakah ia melambangkan rasa kasih, cinta, simpati ataupun sekadar teman biasa?

Sebenarnya bunga ros mempunyai pelbagai warna yang mengandungi maksud tersirat. Takut nanti tersalah andaian diri sendiri yang malu..

Disini adalah andaian banyak pihak tentang maksud tersirat di sebalik warna bunga ros..

Bunga Ros Merah
: Si dia mencintaimu setulus hati dan ingin bersama selamanya.

Bunga Ros Kuning
: Si dia mahu kamu menjadi sahabatnya atau ia menandakan perasaan cemburu terhadap kamu

Bunga ros putih
: Rasa cinta yang ada dalam dirinya adalah cinta sejati dan sesuci ros putih itu.

Bunga Ros Pink
: Kamu adalah cinta pertama si dia dan ini menjadi rahsianya sejak sekian lama. Maknanya kamu adalah insan yang menjadi idamannya selama ini.

Klu dapat sume warna tu... mknanya..kamu adalah segalanya la tu... hehe

Waaa bahagianya...indahnya saat itu...

ibu mertuaku


Tengahari tadi sementara tunggu kelas cikgu yg seterusnya cikgu lepak2 jap kat bilik guru. Pastu akak(cikgu kt cni jg) yang sbelah meja cikgu masuk. Cikgu panggil die kak Ani. Tiba2 die tnya cikgu,

"Jidah free tak skrg? Akak nak cite sesuatu ni"..

Cikgu jawabla free. Cikgu nampak akak ni cam mood die xelok sgt je ari ni je, tp xtau nape. Maybe die penat kot. pas cikgu jawab free, akak ni pn bgtau la kat cikgu..

"Akak nak cite masalah skit kat Jidah ni, akak rasa hati sgt dgn seseorg".

Cikgu suruh la die cite kat cikgu. Biasala, kita akn rasa tenang skit bila dah cite masalah kat org. Xley pndam sorg2, lagi bhaya nanti. huhu Cikgu pn bersediala jadi pendengar yg setia..

" Semalam akak balik umah mertua akak, die wat kenduri sket. Jidah tau x, setiap kali balik umah mertua akak mesti menangis". Cikgu tnya la kenapa cmtu..Akak ni pn bercerita la kat cikgu..

" Sepanjang 10 tahun akak kawen, ibu mertua akak x pernah melayan akak sbagai seorg menantu. Sedey sangat. Dia sntiasa layan akak sbgai org luar. Bila de saudara mara tnya siapa akak, die akan jwb tu bukan anak kite, tu org rumah xx(suami akak). Sebagai menantu, akak kecil hati. Sekurang-kurangnya kenalkn la akak ni sbagai menantu. Akak rasa terasing sgt bila blk umah mertua, daripada xde ank, smpai la skrg ni ank dh 5".

" Satu lagi peristiwa yg akak xley lupa, psl buah rmbutan. Kat blkg umah mak mrtua de 1 pokok rmbutan, masa akak balik tu musim rambutan. De la 1 bakul rmbutan kat dapur. Akak pregnant ms tu, tringin la nk rs buah rmbutan tu. Tiba2 mak mertua akak dtg, rambutan kat dapur tu jg usik, tu untk ank mak yg nk balik esok. Klu nak p kait sndri kat pokok."

"Akak pn suruh la husband akak p kait. Tiba2 die kuar lagi. Yang kat julai tu xleh amik, nak simpan utk yy(ank prmpuan die). Julai hujung tu je bleh amik. Kat julai tu de xsmpai 10 biji rsnya, utk akak n anak2. Ya Allah, tuhan sj yg tahu prasaan akak ms tu..."

"Lps kait tu akak msuk dlm umah, tiba2 dgr die brleter n mrh2. Rupa2 anak akak ambil buah rmbutn kat dpr td.. Bdk2, mn la tau pe2, die rs nk mkn, die amik je, lgpn tu umah nenek die jg, bkn umah org lain. Mcm2 die cakap kt akak, die ckap xpndai ajar ank la, mkn hak org lain..mcm2 la. Akak rs klu la bleh mnthkn smula rmbtn tu jd yg asal, akak akn srh anak2 akak mnthkn smula. Sdey xtrkata masa tu.. Tu cucu2 die jg, bkn org lain..."

" Macam2 mak mrtua akak wat kt akak. Tp nk wat cmne, dh jdoh akak ngan anak die, trpksa la trima. Mak mrtua pn mcm mk sendiri jg. Slp haribulan jd derhaka plak klu melawan. Akak sntiasa doa moga2 mak mertua akak berubah n dpt terima akak seadanya"..

Cikgu xtau nk cakap cmne kat akak ni. Yela cikgu sndiri pn belum ada ibu mertua. Bila dgr kisah akak ni perasaan takut untk dapat mertua tu makin tinggi. Mungkinkah nasib cikgu sama dgn akak ni..

Sepanjang cikgu kenal akak ni, cikgu rasa akak ni xkurang cantiknya, lemah lembut, bahasanya pn elok. Xtau la pe lg yg xckup utk ibu mertuanya terima dia. Mybe ibu mrtua dia rs yg ksih sayang anak lelaki die dh dirampas oleh akak ni kot..

Pe perasaan korg klu ibu mertua korg layan korg cam ni?...

jalinan ukhuwah

Hujung minggu cikgu sentiasa penuh...penat, tapi seronok. 19 jun baru2 ni, sek cikgu de wat perkhemahan kat air kaki bukit, UITM Dungun.

Cikgu pn join la skali...sronok sangat. Enjoy2 kat sana... smbil2 tu leh la knal ngan ank murid cikgu ngan lbih rapat lagi... Besenya bdk2 ni, kat sek lain, kat luar lain.. time ni la klu nak knal diri sbenar diorg..

Hari Pertama:

Macam2 aktiviti kami wat kt ctu...
Ni gambar masa cikgu baru sampai kat tapak perkhemahan. (Dari kiri: Cikgu Zura, Cikgu Jidah, Cikgu Nor)

Masa ni Cikgu Nuar ngan briefing bdk2. Pastu kami pn mula la operasi cheking bag bdk2. Mn la tau kot2 diorg ni bw senjata ke...hehe


Lepas check bag diorg, br bagi khemah.
Masa diorg pasang khemah tu, cikgu melilau jap kat tapak tu...hehe.. sempat la sentuh air sungai jap.

Sejuk sgt air sungai tu... rasa tenang je dengar bunyi air yang mangalir kat celah2 batu.. Damai je rasa.. Indahnya ciptaan tuhan..

Tak sbr rasa nk bersiram kat sungai ni.. hehe..
Sabar2, tnggu bdk2 xde dulu... Klu diorg nmpak msti diorg nk ikot.. Bahaya.. Sungai ni kawasan larangan bg bdk2, cikgu je xpe... Bukan xnk bg diorg mndi kt sungai, tp risiko tinggi klu jd pe2..


Hari Kedua:



First aktiviti ialah pertandingan rekacipta antara unit beruniform.

Ni sume wakil dari Puteri Islam, diorang ngah merekacipta la ni.. tapi sempat lagi pose...hehe






Ni plak wakil2 kadet polis.. De gaye polis tak? hehe..

Diorg ngah design nak bina roket n senapang. Berjaya ke x ni.... hehe..

Time ni baru dapat botol byk2. Ntah kat mana diorg g kebas botol tu...



Waaa... hebat tak, ni hero kami ngah masak. Satu satunya wakil lelaki yg masuk pertandingan memasak. Siap wat hiasan dari cili lagi tu... Hebat tak ank murid cikgu ni...hehe



Ni plak mangsa2 kena buli...hehe.. Diorg ni la jd tukang masak slama cikgu kat sana. Rajin diorg ni, ssuai wat calon menantu...

(sukarelawan smkps)




Ni la rangka wau yang menjadikan pengakap johan dalam pertandingan rekacipta daripada bahan2 terbuang di sekitar tapak perkhemahan.

Bukan senang nak wat wau ni... Tahniah buat pasukan pengakap.





Cikgu pn sempat la jg pose kat khemah...

Tapi ni bkn khemah cikgu pn..ntah khemah sape ntah cikgu tumpang. hehe



Seronoknya die ngan ayam goreng. Pandai ke masak diorang ni.. takkan menu ayam goreng je kot... Hehe..
Tukang masak tu khusuknya..sampai munjung mulut die..



Hehe... Lawa tak face baru cikgu? Gigi petak2 gitu.. Face ijau, dah jadi cam alien cikgu ni...
hehe..

Sape nak masuk kawasan khemah ni kena scan face dlu..

Klu x detect human, xley masuk..hehe. So klu xley masuk tu faham2 je la... Bukan human, tapi de 1 makhluk bukan human yang berjaya masuk ke kawasan khemah ni... Tau x makhluk pe... Jeng jeng jeng...



Ni la makhluk istimewa yg di kasi masuk kat kawasan khemah ni.. hehe..
Nak camping pn bawa ayam kesayangan jg ke dik oiii hehe.

Untung ayam ni, leh berkenalan dengan cikgu, bukan senang cikgu nak bermesra dgn ayam tau..ni la satu satunya ayam yang cikgu peluk..hehe




Ni la gaya diorg ni masak.. Siap tutip mulut n hidung lagi si Iqbal tu. Cian diorg kna guna kayu api sebab dapur de 1 je.. xcukup.. so trpaksa la diorg wat dapur sndiri.

Nak makan cepat, pandai2 la usaha... hehe cikgu tolong tengok ja..pastu tlg bg arahan.

Banyak asap je dari api ni.. Camne taugeh ni masak.. klu x masak mkn taugeh mentah la korag... haha..

Seronok kan camping..tringat plak zaman muda2 dulu..hehe


Hari Ketiga:


Hari ketiga cikgu xsempat nak amik gambar sebab cikgu balik umah awal2 pagi lg. Kol 6.15pg cikgu dah balik umah, xsempat nak tengok penutup... sedey2

Cikgu kena brtugas kat sekolah pagi tu.. Yela..sape nak jg budak2 kat sek plak klu sume cikgu de kat kem kn...

Aktiviti camni memang seronok..

Bak kata Puteri( cite Puteri tu) " Kita ENJOY!!"

hancur hatiku...

Sedey + kecewa + geram + macam2 lagi la rasa...huhu...
Dunia akhir zaman, macam2 jadi. Sifat malu dah dibuang jauh-jauh, dosa dah tak di hiraukan..akhirnya maruah tergadai...

Cuba bayangkan apa prasaan cikgu bila pelajar cikgu jadi camni??......
Malu n kecewa sangat2....


Dua Beradik Dicekup Ponteng Sekolah


KUALA DUNGUN – Bukan setakat ponteng sekolah tetapi tindakan berani pelajar perempuan Tingkatan Lima sanggup mengunjungi hotel murah dengan pakaian seragam selepas termakan pujuk rayu teman lelaki meninggalkan detik hitam selepas bilik penginapan mereka diserbu pihak berkuasa, pagi kelmarin.

Anak bongsu daripada empat beradik dari Kampung Seberang Pintasan itu dipercayai mengunjungi hotel itu, kononnya berjumpa dengan kakaknya.

Dia juga difahamkan semalaman tidak pulangh.

Bagaimanapun, selepas memasuki bilik di tingkat satu hotel terbabit, anak nelayan itu dikatakan menukar pakaian sekolahnya.

Sumber memaklumkan, sebaik serbuan dilakukan, anggota Penguat Kuasa Syariah sekitar jam 9.25 pagi, dua perempuan dan dua lelaki yang tidak mempunyai sebarang pertalian dengan dua gadis adik-beradik itu.

Sumber: Sinar harian Online 180609

* klik utk dapatkan berita penuh

tolong cikgu!!!

Skrg ni cikgu de kat bilik guru... huhu... bosannyer...tak tau nak wat pe...

Time tak de keje ni, xde plak bdk2 dtg nk byar yuran.. Wat checklist ar jap...hehe

  1. Buku Rekod - dah siap
  2. Buku laporan - dah siap
  3. Markah pelajar - dah siap
  4. Bahan pengajaran - complete
  5. Makan n minun - alhamdulillah, dah kenyang
  6. Soalan kuiz math- dah siap, cuma tunggu pengesahan
  7. Kelas- jap lagi (12.20)

Pe lagi yg cikgu tak wat? Huhu... Tolong la cikgu...Cikgu bosan ni....huhu. Bagi la aktiviti sket kat cikgu.. tolong ye...

buku 555

Tengahari tadi cikgu ke pejabat sekolah nak isi buku register pelajar. Kebetulan kat ctu cikgu Nor pun de jg. Tiba2 telefon cikgu bunyi. Cikgu buka handbag nak amik phone, tapi banyak sangat brg dlm bag cikgu, sampai xjupe phone. Cikgu pun keluarkan barang2 dlm bag cikgu n letak kat atas meja kat situ.

Masa cikgu ngah phone tu cikgu dengar cikgu Nor gelak. Dalam hati cikgu, mesti gelak kat cikgu ni. Tapi nape die gelak kat cikgu?...

" Haha, ko de buku 555 ker? De lagi ke buku 555 zaman ni? Kedai mana la ko g beli tu.... hahaha"


Die sambung gelak kat cikgu. Kurang asam punye budak. Huhu. Tpi bila cikgu fikir smula, de lagi ke org guna buku 555 skrg ni? mmg patut la die gelak kat cikgu.. Saje je nk jd klasik skit. Hehe.

Dulu buku 555 memang glamour, tapi skrg dah xde dah. susah nak cari.. Ni pun cikgu jumpa masa cikgu kemas2 dlm almari buku cikgu, ntah zaman bila dh buku ni, dah jd kuning2 pn kertas die.

Banyak kelebihan buku 555 ni sbenarnya... Ni la antara kelebihan buku 555:
  1. kecik ( senang masuk handbag)
  2. murah ( bagi yg kurang bajet)
  3. ringan ( jimat tenaga)
  4. fleksibel (boleh tulis mcm2)
  5. nipis ( senang nk selit kt mn2)
  6. macam2 lagi la...
Stuju tak ngan cikgu...hehe

masak2 bersama cikgu

On the way balik dari sekolah tadi cikgu sempat singgah kat 1 gerai, beli goreng pisang. Hehe..sedapnye... Pastu kat gerai tu la jual air cendol, cikgu pn beli la 3 bungkus. 1 utk mak, 1 utk ayah n 1 lg utk cikgu la, sape lagi.. hehe

Sambil2 minum air cendol ni, cikgu nak kongsi resipi wat air cendol. Senang je...

Bahan-bahan ( sekeluarga)

  • 1 helai daun pandan
  • garam secukup rasa
  • secekup cendol pandan
  • sirap gula melaka secukupnya
  • ketulan ais secukupnya
Cara - cara
  1. Santan, daun pandan dan garam secukup rasa dimasak hingga mendidih. Kacau sentiasa supaya tidak pecah santan. Matikan api dan sejukkan.
  2. Sediakan bekas minuman, isikan cendol secekup dan tuangkan santan secukupnya. Kemudian, tuangkan sirap gula melaka secukup rasa. Isikan ketulan ais.
  3. Hidangkan ketika dingin



~ SELAMAT MENCUBA ~

cikgu dan kertas exam

Penatnyer kat sekolah tadi.. Ari ni kena anta markah tingkatan 4. Tapi cikgu de masalah sikit, kertas objektif math kelas 4u2 xdpt dikesan ada dimana. Dari ari tu cikgu cari tapi xjumpa jg..huhu.

Pagi tadi sebelum perhimpunan, cikgu ke bilik ketua bidang utk cari kertas tu lagi, tapi xde jg... huhu..nk wat camne ni.. After perhimpunan cikgu masuk kelas menunaikan tanggungjawab cikgu untuk mendidik anak bangsa..hehe. Abih klas tu cikgu lalu kat depan bilik ketua bidang... Tiba2...

" Cikgu Majidah, ni kertas math 4u2, dah jumpa dah" laung ketua bidang sc n math.

Cikgu pn dengan gembiranya ucap terima kasih dan masuk bilik guru untuk mula operasi mark kertas. Sempat tak nak mark ni? Kol 11.20 nanti de kelas lagi. Dek kerana ari ni markah perlu dihantar, cikgu pun dengan sedaya upaya menyemak sume kertas tersebut dengan seberapa cepat, nasib baik kertas objektif, klu subjektif abih la cikgu...

Sedang cikgu khusuk mark tu, datang plak sorang pljr form 3

"Cikgu, saya nak bayar yuran PIBG."

Ish...kacau la budak ni...dah la nak cepat ni...huhuhu. Rungut hati cikgu. Tapi cikgu tetap senyum kat budak tu (xkan nk masam kot org datang bayar duit) hehe. Cikgu dah jadi bendahari la plak.. bese la tu kan, jadi cikgu bukan sekadar mengajar je, banyak benda yang perlu dibuat. Bila dah abih sidang membayar yuran, cikgu sambung smula mark kertas tu...huhu. Ramai la plak budak klas 4u2 ni... banyak nak kna mark.

Walaupun banyak, akhirnya...cikgu berjaya menyiapkan mark kertas tu dalam masa 40 minit dan kerisauan cikgu tentang kehilangan kertas tu dah hilang. Nasib baik jumpa, klu xjumpa sian kat budak2 4u2, amik markah ujian lepas la jawabnya. Dengan berakhirnya operasi mark kertas 4u2 maka, selesailah sudah segala urusan cikgu berkaitan kertas jawapan exam. Alhamdulillah....

Betol ke tak leh amik gambar kucing???


Betol ke tak leh amik gambar kucing?? Cikgu masih tertanya tanya lagi pasal ni... Kalau difikirkan secara logik memang tak patut percaya....

Yang kat sebelah ni nama die comey.. Die ni asalnya bukan kucing cikgu, tapi anak saudara cikgu jumpa die kat pasar. die pun bawak balik la kucing ni kat umah. Kami kasi la die nama comey. Tanggal 6 Jun 2009, comey dah jd kucing peliharaan cikgu.

Comey ni suka sangat main ngan orang, ye la bese kat pasar takde orang nak main ngan die, tendang die de la. Bila cikgu geletek perut die, die mesti gigit tangan cikgu, tapi tak sakit pon comey gigit..hehe

Cikgu teringin nak amik gambar comel, nak wat stok gambar cikgu, tapi cikgu de dengan org cakap tak ley amik gambar kucing, nanti kucing mati. Cikgu pun tanya la kakak cikgu.

" Betol ke tak leh amik gambar kucing? Orang cakap nanti kucing mati."

Kakak cikgu pon jawabla...

" Tak kan la..orang lain siap wat komersial lagi gambar kucing, tak de mati pon."

8 Jun 2009, cikgu pon dengan senang hatinya amik la gambar comey masa comey ngan khusuk maen. Ni gambar masa comey ngah baca buku, khusuk jer comey study. Hehe. Belajar rajin2 yer comey, nanti cepat pandai..

Tiap malam comey akan tido ngan cikgu, bukan tdo kat bawah katil..Comey tido atas katil cikgu tau. Bertuah comey..hehe. Comey bangun awal, die mesti kejut cikgu bangun pagi, kol 5pg comey mesti dah bangun. Awal kan comey bangun.

11 Jun 2009, cikgu de kelas tambahan kat sekolah, jadi comey tinggal la dengan mak n ayah cikgu. Balik dari kelas tu mak cikgu cakap comey muntah2 dari pagi lagi. Cian comey, cikgu tengok die cam dah tak larat sangat. Asyik tido je.. Sampai malam comey still muntah2 lagi. Malam tu comey tak tido dengan cikgu sbb die asyik muntah je, so cikgu letak die dalam sangkar.

Bangun pagi, cikgu terus jenguk comey, die cam mkin xlarat. Cikgu bagi die air n susu, die tak nak minum jg. Die pun tido kat tepi dinding kat dapur. Dalam kol 9 pagi, die masuk bilik air, die tdo kat situ plak. Mak cikgu cakap maybe comey nak mati, sebab tu die nak duk kat air. Cikgu biar je comey duk kat situ, tak sanggup nak tengok comey, sedey sangat.

12.30 tghri 12 Jun 2009 tamatla riwayat comey. Sedey sangat masa tu, comey cuma sempat 7 hari je bersama ngan cikgu. Bila comey dah tak de, cikgu mula terfikir semula kata2 org, "tak ley amik gambar kucing, nanti kucing mati." Mungkin ni 1 kebetulan, tapi kadang2 hati cikgu kata ianya betul. Betul ke???....

Bila malam menjelang...

"Bila nak malam ni?".. Dari petang lagi budak dua orang ni sibuk tnya, xsabar nak tunggu malam. Apatah lagi bila tengok kami sume duk sibuk susun kerusi meja kat halaman umah.. hehehe... sabar...

Taa daaaa... Ni la agenda wajib family cikgu time cuti sekolah.. 'Family BBQ'. Bese kami wat kat pantai, tapi kali ni kami wat kat halaman umah jer..Sonok.. bukan senang nak kumpul sume 1 family..

Macam2 ada, jagung, ayam, sotong, udang, sume bakar.. Tapi menu untuk cikgu jagung n ayam bakar je...sotong n udang xley makan(siankan?).. Pagi tadi Kak En pegi pasar, beli udang, sotong n ayam. Mahal ooo sotong ari tu, RM15 1 kilo, 7 ekor je plak tu..huhu. tapi sebab nak makan, beli la juga..

Bakar2, cikgu serahkan kat abg ipar cikgu, Abg Mie(suami kak en). Cikgu tolong pantau n makan je..hehe. Tapi abg mie pun leh tahan jg, sambil bakar tu sempat dia ngap 5,6 ekor udang. Upah tukang bakar la tu..hehe

Kami makan2 sampai kenyang, pas mkn duk sembang2 bwh pokok mempelam sambil ditemani bulan purnama..hehe.Malam ni sume adik bradik cikgu ada ( kak na n family, kak en n family) kecuali abang je takde(atas sebab2 tertentu). Sonok kan kalau slalu kumpul camni...


"F.A.M.I.L.Y F.I.R.S.T"

Langkahku dengan nama 'cikgu'..


Ni la sekolah pertama yg cikgu jejak sebagai seorang 'cikgu'. Sekolah Menengah Teknik Butterworth. Banyak kenangan pahit manis bergelar cikgu kat sini.

Ni plak bilik guru. Besar lagi label 'bilik guru' tu.. Warna pink gitu bilik guru ni..hehe. Cikgu2 kat dlm ni sume best..termasuklah cikgu(perasan sket, tp betol la)..

Antara ratusan anak murid cikgu.. Rindu kt diorang sume..Dah 1 bulan cikgu tinggalkan diorang sume. Time ni kami sume baru balik dari pantai merdeka. Sume ngah penat time ni..tapi pasal brgambar no hal la..maintain..hehe

First kem ngan diorang wat kat Sedim. Ni ngah tolong budak2 ni pasang khemah. Cian kena tdo dlm khemah. Tpi bkn diorang je, cikgu pn kena tdo dlm khemah jg..kira adil la..

Ni plak time jungla tracking. Kat dlm hutan pon kami sempat je pose. Hehe. Sume tu tak jadi masalah bagi kami. Masa ni jg la cikgu kena gigit ngan pacat. Besar pacat tu...Cikgu pon pe lagi, menjerit la mintak tolong. Hehe..

Abih je jungle tracking, diorang pe lagi..mula la pujuk2 cikgu mintak nak mandi sungai. Nasib baikla kami para guru yang baik hati..Bagi la diorang terjun sungai (cerita betol..cikgu2 pun sama2 nk terjun). Best sgt..sjuk je air sungai tu..

Ni la resepi khas untuk murid2 tersayang. hehe.. Bawang merah + bawang putih + cili disalut dengan tepung. hehe.. Bukan niat cikgu nak dera diorang, tapi sume yang cikgu buat ni ada motif tersendiri.. Pembelajaran secara tidak langsung..

Perbarisan rumah sukan memang sonok. Macam2 maskot de.. rama2 kuning, burung ijau, ladybird merah n ikan biru. tapi yang pastinya kuning menang..tengokla sape cikgunya..hehe

Sedapkan nampak kek ni..memang sedap pon..Hadiah dari Cikgu Syam utk johan perbarisan..nyum nyum..

Netball Team SMTBw. Team yang penuh dgn semangat..Cikgu bangga dengan korang sume..
Sempat je brgambar sambil tunggu bas..hehe

Bowling time... hehe..walaupun cikgu tak bape nak reti main, tapi bila tengok budak2 ni semangat je main, cikgu pun semangat jg la..

Picture ni sume masa last day cikgu kat SMTBw. Sedey sgt nak tinggalkan diorang. Thanks cos bagi banyak kenangan kat cikgu.. Walaupun kadang2 pahit, tapi tu sume lumrah hidup. Moga2 korang sume berjaya di dunia dan akhirat.. Ni doa cikgu untuk korang sume....Amin..